Ahad, 19 Februari 2012

LAIN KALI LAH



Politik Sabah tidak pernah lekang daripada kerakusan kuasa. Pemimpin tempatan yang benar-benar berjuang demi rakyat juga semakin kecil jumlahnya berbanding sebelum Sabah menyertai Malaysia. Pemimpin yang kini silih berganti dan tampil dengan parti baru, kelihatan seakan tidak mampu untuk menimbulkan impak besar. Apa tidaknya, pemimpin yang sama juga menjadi pesaing dengan agenda, ideologi dan parti yang berbeza. Tiada satu parti pun di Sabah ketika ini benar-benar lahir dan wujud tanpa calon recycle. Carilah mana satu parti politik yang wujud dan lahir menjelang ambang-ambang PRU-13 di Sabah ini yang dibarisi oleh muka yang tidak pernah terlibat dengan arena politik Sabah. Tidak lahirpun walau satu golongan pemimpin yang membawa gelombang suara ketiga sepertimana yang wujud di Semenanjung.


Apa yang ada di Sabah hanyalah pemimpin-pemimpin yang sememangnya terkenal dengan kereaktifan mereka melompat parti sepertimana pemimpin yang ada pada Parti STAR dan terbaru SPF. Tidak perlu lagi disebutkan nama Raja Lompat ini, kerana mereka ini sememangnya telah diketahui umum. Agenda yang dibawa pun tidak banyak berubah, tunjang utama perjuangan Parti baru yang wujud dan keluar dari BN ini hanya berkisar kepada, meniupkan sentimen Anti Semenanjung. Dalam mana-mana sesi ceramah sekalipun, janji yang belum tentu lagi tertunai Ibarat Janji DSAI kepada penduduk Kg. Buah Pala di Penang,terus ditabur demi meraih undi popular penduduk setempat yang kelihatannya masih belum faham dan mengerti nikmatnya berada dalam Malaysia. Mungkin bukan semua yang masih belum sedar, hanya segelintir sahaja yang masih mudah untuk dipengaruhi dengan janji manis, dan fitnah tidak berasas ini.



Terlalu banyak yang boleh dipersoalkan daripada setiap janji yang ditaburkan, dan mungkin juga jika soalan ini diajukan kepada puak-puak radikal yang kerjanya menabur janji ini, silap hari bulan tidak terjawablah agaknya soalan ini. Untuk pengetahuan kalian, wujud unsur manipulasi saikologi dalam usaha pihak alternatif Sabah dalam memancing undi daripada pengundi tempatan. Untuk pengetahuan kalian dan seluruh rakyat Sabah, janji yang ditabur oleh Parti-parti tempatan yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat Sabah, tidak pernah konsisten walaupun baru beberapa bulan parti-parti ini ditubuhkan. Contoh paling mudah, Isu Royalti Minyak daripada 5% kepada 20% dan terkini 50%. 


Sekilas pandang memang jumlah tersebut merupakan suatu jumlah yang besar dan Mungkinmampu merubah masa depan negeri Sabah pada masa akan datang. Namun perlu di ketahui semua, Kenapa tidak pernah pula diberitahu kepada umum, Apa yang akan rakyat dapat daripada royalti 50% tersebut?, Bagaimana pula keadaan Sabah jika memperolehi 50% royalti minya tersebut? Berapa ringgit dan sen yang bakal rakyat Sabah perolehi daripada 50% royalti minyak tersebut? Apakah janji ini akan 100% ditunaikan, Apa Buktinya? ada black & white ka? atau kalau sudah dapat terus senyap dan kroni @ hanya ahli parti yang dapat manfaat?.


Ini merupakan antara persoalan yang sepatutnya difikirkan oleh setiap rakyat Sabah. Itu baru soalan yang berhubungkait dengan royalti minyak yang konon-kononya hak rakyat Sabah (bakal jadi milik dia dan penyokongnya), Belum lagi isu yang berhubungkait dengan sentimen anti semenanjung yang pastinya menjerumuskan rantau Asia Tenggara ke kancah perang saudara semata-mata untuk merebut hak autoriti ke atas Sabah. Nah! kalau ikut aliran Politik PKR, Sudah tentu Amerika + Yahudi akan masuk campur, dan akhirnya janganlah hairan jika kekayaan minyak Sabah untuk Amerika la pula. Bersediakah Sabah untuk keluar dari Malaysia dari segi ketenteraan dan ekonomi? sepertimana yang dilaung-laungkan oleh pihak berfikiran sempit demi kepentingan kaum kerabat dan ideologi bersifat kesukuan. 


Pemimpin Recycle seumpama ini seharusnya ditolak oleh rakyat Sabah. Kalau diri sendiri sudah tidak betul, janganlah berangan-angan untuk memperbetulkan orang lain, nanti dikhuatiri lain pula jadinya. Kalau sekadar berjanji dengan air liur tanpa hitam putih, tidak akan mampu membawa Sabah lebih jauh, sebaliknya kehancuran yang mungkin tidak terduga oleh kita menjadi cagaran. Istilah pembangkang Sabah Ini kali lah!!! adalah istilah yang kelihatannya belum bersesuaian. Apa kata ubah saja istilah itu Lain kali Sajalah!!! kerna istilah ini jauh lebih sesuai untuk parti yang janjinya hanya melalui air liur dan bukannya melalui hitam putih.


Renung-renungkan/Dkmsabah.

Selasa, 14 Februari 2012

RAMPASAN TANAH DI KOTA MARUDU DAN PITAS

Penduduk Kota Marudu dan Pitas Dalam Dilema




TUNJUK PELAN TANAH ... Jaipin menunjukkan
pelan tanah yang dipohon oleh syarikat itu.



KOTA KINABALU: Penduduk kampung di daerah Kota Marudu dan Pitas bakal kehilangan hak ke atas tanah-tanah anak negeri (NCR) yang mereka duduki sejak turun temurun, jika kerajaan negeri membenarkan sebuah syarikat swasta Resofocus Corporation Sdn Bhd (Bega Raya Sdn Bhd) mengambil tanah-tanah kampung untuk tujuan pemuliharaan hutan simpan (FMU).

Dalam pelan tanah yang dipohon oleh syarikat itu hanya melibatkan dua daerah iaitu Pitas dan Kota Marudu membabitkan tanah seluas 42,000 hektar (105,000 ekar).

Seorang aktivis masyarakat dari Kampung Bunsadan, Tandek di Kota Marudu, Encik Jaipin Mohigal, 61, ketika ditemui baru-baru ini, berkata dalam permohonan syarikat itu hanya melibatkan dua daerah tetapi, jika pelan permohonan tanah itu diamati turut melibatkan kawasan tanah adat negeri di daerah Beluran.

Menurutnya, syarikat itu telah mengemukakan permohonan tanah pada tahun 2000 (Bil. Permohonan 2004230359) di mana pengukuran dibuat melalui udara (Air Survey).
Beliau juga difahamkan bahawa syarikat besar itu sudah pun menjelaskan bayaran premium tanah sebanyak RM2.5 juta.

“Ini bermakna semua penduduk yang mendiami kawasan-kawasan (daerah) berkenaan akan kehilangan hak ke atas tanah-tanah anak negeri itu buat selamanya dan, ini pastinya akan membantutkan kelansungan hidup mereka,” tambah beliau.

“Itulah perkara yang membimbangkan dan menghantui fikiran penduduk terbabit,” kata Jaipin lagi.
Beliau difahamkan bahawa surat kelulusan atau kebenaran belum lagi dikeluarkan kepada syarikat berkenan untuk menjalankan kerja-kerja penyukatan darat.

Berdasarkan kepada maklumat itu, katanya, jika benar surat kelulusan belum lagi dikeluarkan kenapa syarikat itu tidak mematuhinya, sebaliknya terus menjalankan kerja-kerja penyukatan dan pencerobohan di kawasan tanah anak negeri yang diduduki penduduk kampung.

Beliau juga tidak pasti bagaimana syarikat itu diberi lesen untuk mengurus FMU yang bertindak lancang menceroboh tanah NCR dan memusnahkan tanaman penduduk hanya semata mata kerana program FMU.
Jaipin turut mempertikaikan sikap kerajaan negeri kerana gagal memantau tindakan melampau syarikat itu yang tidak mematuhi lunas-lunas perjanjian seperti yang termaktub di dalam Sustainable Forest Management (SFM) Licence Agreement mengikut Enakmen Hutan 1968.

“Jelas sekali kerajaan gagal mempertahankan hak-hak Orang Asal di negeri ini sebaliknya lebih cenderung menghakis status NCR tanpa pertimbangan yang adil,” ujarnya.

Jaipin amat kesal dan sedih melihat penduduk yang menjadi mangsa kerakusan syarikat bukan sahaja kehilangan rumah, harta benda tetapi sumber rezeki ladang tanaman kerana dimusnahkan tanpa sebarang bayaran pampasan oleh kerajaan mahu pun syarikat itu. 

Beliau ingin tahu bagaimana dengan tanah perkuburan penduduk kampung, adakah kawasan itu turut dibangunkan oleh syarikat untuk tujuan FMU.

Sehubungan dengan itu, Jaipin menyeru kepada semua mangsa-mangsa oleh syarikat yang mengendalikan FMU di negeri ini supaya bangkit mempertahankan hak-hak mereka daripada menjadi rakyat gelandangan.
Dalam kes begini, katanya, sepatutnya bawalah rakyat berbincang dahulu dan beri penjelasan. Bukan menikam rakyat dari belakang.

“Janganlah kerana FMU sehinggakan menyusahkan kehidupan rakyat. Belalah nasib rakyat bukan dianiaya,” ujarnya lagi.

“Apalah ertinya slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ sedangkan apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya,” katanya.

“Adalah lebih baik jika kerajaan mengekalkan penduduk kampung menetap di kawasan FMU atau di tanah anak negeri yang diwartakan untuk FMU, dengan memberikan mereka kemudahan infrastruktur yang lengkap sesuai dengan lunas-lunas perjanjian dalam FMU.

“ Atau, keluarkan sahaja kawasan tanah adat negeri daripada kawasan FMU dan jangan diusik lagi,” jelas Jaipin.

Jaipin yang juga bekas Ketua Kampung, Kampung Bunsadan, mendedahkan, sejak berita itu tersebar luas ramai penduduk kampung di daerah terlibat naik angin dan gelisah memikirkan masa depan dan nasib anak cucu mereka.

Menurut Jaipin lagi, sepanjang pengetahuan beliau tidak pernah diadakan dialog bagi membincangkan isu itu di kalangan agensi kerajaan, wakil-wakil rakyat kawasan berkenaan, syarikat dan penduduk.
Ironinya, katanya, pemimpin-pemimpin masyarakat seperti JKKK dan Ketua Kampung langsung tidak mengetahui kewujudan syarikat itu dan tujuan mereka. Ianya datang dengan senyap-senyap seperti pencuri di siang hari.

Jaipin berkata, bahawa beliau juga tidak tahu siapa dalang utama yang membenarkan dan membawa syarikat itu yang begitu ghairah menceroboh tanah-tanah adat di kampung mereka.

Menurutnya lagi, pernah beberapa badan NGO seperti Suhakam telah datang bertemu mangsa-mangsa terlibat perebutan tanah untuk mendapatkan maklumat terperinci kononnya mahu membantu rakyat menangani masalah itu tetapi, sehingga ke hari ini tidak ada khabar berita mengenai penyelesaiannya.

Dan sebagai makluman, katanya, dengan memberi beberapa contoh, ramai penduduk Kampung Pinatau, Kg Melangkap dan Kg Marak Parak di daerah Kota Marudu telah mengemukakan permohon tanah sejak tahun 1967 dan 1973 lagi tetapi, tidak satu pun daripada permohonan itu diluluskan oleh kerajaan.

Jaipin juga merayu kepada keprihatinan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman supaya campur tangan mengatasi masalah itu demi kebaikan kerajaan dan rakyat di kawasan terbabit, dalam erti kata sebenar kedua-dua pihak ‘menang menang’.






PELAN TANAH ... lakaran tanah yang dipohon
oleh syarikat melibatkan keluasan 42,000 hektar.- Sidang rakyat Blogspot.com

SAKARAN RASUAH 50,000 EKAR TANAH BUAT ANWAR?



DI SAAT Perdana Menteri Najib terus dengan ucapan klise (kitar semula) semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, musuh politik utama beliau sebaliknya kini berada di Sabah merasmikan sambutan yang sama yang dihadiri lebih 4 ribu hadirin pelbagai kaum yang berpusu-pusu mahu bersalaman dengan Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sudah dua hari berada di pulau Borneo, sebentar tadi mendedahkan bagaimana seorang bekas Ketua Menteri Sabah kelapan pada zaman dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, telah menyatakan hasrat mahu memberikan tanah seluas 50 ribu ekar kepadanya sebagai hadiah atas nama ayahnya, Ibrahim.

Anwar menjelaskan lagi bahawa atas nama siapa sekalipun dia tidak akan mengambil seinci pun tanah rakyat untuk kepentingan peribadi mahupun keluarga kerana sudah dididik dengan ajaran agama dan moral sejak di bangku sekolah lagi.

Tegas Anwar, bekas Ketua Menteri yang dimaksudkan adalah Tun Sakaran bin Dandai yang menjawat jawatan tersebut pada 1994, apabila setahun kemudian dia dilantik menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) sehingga digantikan oleh Tun Ahmadshah Abdullah pada 2002.

Tegasnya lagi, jika pemimpin Pakatan Rakyat berangan-angan untuk melakukan perkara sama, dia sendiri yang akan mengusir pemimpin tersebut kerana ia merupakan amanah rakyat yang mahukan pentadbiran cekap, telus dan berintegriti.

Tambah Anwar lagi, Pakatan Rakyat semakin diterima baik di Sabah dan Sarawak, malahan buktinya, sejak semalam, hampir kesemua anggota pasukan keselamatan dari Sibu dan Kanowit di Sarawak lagi beramai-ramai menghulur tangan bersalaman tanda kesyukuran dengan pembebasannya serta bertuah dapat menatap sendiri pemimpin yang bakal menyelamatkan Malaysia dari kehancuran Umno-APCO.

Dalam ucapannya lagi, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan rakyat Sabah semasa peristiwa pembebasannya dari tuduhan fitnah liwat 9 Januari lalu.

Anwar sekali lagi menjanjikan rakyat Sabah peluang untuk membangunkan negeri dengan penyerahan royalti minyak sekurang-kurangnya 20 peratus dari hasil jualan produk petroleum berbanding hanya lima peratus yang diberikan Umno-APCO dan Barisan Najis selepas Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Tegas Anwar, semasa pilihanraya umum ke 12 pada 2008 lalu, orang Sabah serta Sarawak telah sekali lagi memberi peluang kepada BN untuk membetulkan kesilapan mereka, akan tetapi malangnya apa yang dihajatkan tidak ditunaikan sebaliknya Sabah terus berada pada kedudukan kedua paling miskin di Malaysia selepas Sarawak, walaupun dilimpahi dengan khazanah hasil bumi yang banyak.

Gelombang perubahan yang dirasai sedang bersemarak di serata Borneo dengan pencapaian lebih baik kini di mana seramai lebih 3 ribu ahli PKR baru berjaya didaftarkan di seluruh negeri itu terutamanya di Tenom, Tuaran dan Kalabakan.

Hadirin yang mendengar ucapannya bersemangat dan teruja setiap kali penegasan Anwar untuk seluruh rakyat Sabah bergema di Dewan Kian Kok, Likas, Kota Kinabalu hingga ke luar dewan yang penuh sesak dengan hadirin dari sekitar bandaraya ini.

Sambutan diserikan lagi dengan tarian singa dan pertunjukkan kebudayaan masyarakat Cina yang mendominasi majlis yang turut dihadiri seluruh pimpinan Pakatan Rakyat pelbagai peringkat.

Penjelasan Anwar membuktikan bahawa tuduhan fitnah liwat terhadapnya hanyalah rekayasa Umno-APCO semata-mata kerana tiada satu pun fail rasuah membabitkan dirinya dibuktikan semasa memegang jawatan dalam kerajaan sehingga dipecat pada 1998.-Ottotongtalun.blogspot.com

LOTUD AUSTRALIA


OLEH JOANES ROBERT JOHNNY

MUNGKIN kedengaran agak mustahil atau pelik, namun begitulah hakikatnya keadaan yang disifatkan sebagai ‘kejutan budaya’ yang melanda daerah Tuaran baru-baru ini.

Kehadiran tujuh wanita anggun memakai pakaian tradisi masyarakat kaum Lotud di sini, menimbulkan pelbagai reaksi berbeza daripada pengunjung Tamu Minggu di pekan Tuaran.

Mereka merupakan sebahagian daripada peserta program Global Citizen Study Tour yang dianjurkan olehDeakin University Melbourne, Australia bermula sejak 5 Februari dan dijangka selesai pada 18 Februari ini.

Menurut jurucakap (Liason Person) mereka Jude Day, ketujuh pelajar ini sedang dalam proses membantu masyarakat Lotud di Kampung Selupoh di samping mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengetahui budaya tempatan dan alam sekitar.

“Kami dapat tahu bahawa majoriti masyarakat Lotud adalah dari daerah Tuaran, maka kami memilih daerah Tuaran khasnya Kampung Selupoh sebagai destinasi utama,” jelas Jude.

Ditanya sebab memilih Lotud, katanya kerana mereka kagum dengan kaum Kadazan Dusun yang mempunyai sub-suku kaum yang pelbagai dan perbezaan unsur-unsur dari segi pakaian, bahasa, perayaan, makanan dan lain-lain dan salah satunya adalah Lotud.

“Kami sangat suka dengan budaya Lotud, terima kasih kepada keluarga Jilan dan masyarakat di daerah ini terutamanya kepada Persatuan Komulakan Lotud Sabah (KLOSA) yang banyak membantu kami,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengunjung Tamu Minggu Tuaran, Joungin Molondoi, 61 menyifatkan hari tersebut amat istimewa kerana daerah Tuaran mendapat kunjungan daripada pelajar luar negara.

“Masyarakat di sini (Tuaran) dan di Kampung Selupoh patut berbangga kerana terpilih sebagai destinasi para pelajar ini, saya turut berbangga,” ujarnya.

Mariamah Hassan, 43 tahun dari Kampung Kindu yang kebetulan lalu untuk membeli sireh agak terkejut apabila mendapati ‘orang putih’ memakai pakaian tradisi Lotud dan padanya itu jarang berlaku.

“Kehadiran mereka cukup istimewa sehingga tamu kita nampak berseri-seri,” katanya bersungguh-sungguh.

Pelajar-pelajar ini dilihat membantu para penduduk Kampung Selupoh menjual pelbagai hasil tanaman dan kuih-muih sambil memanggil pelanggan dengan sapaan ‘mari-mari, beli-beli’ yang nyata begitu mencuit hati masyarakat tempatan.

Sementara itu, wakil dari sebuah pusat kebudayaan Lotud terkenal Sabah Linangkit Cultural Village yang juga merupakan penganjur bersama program berkenaan Elvin Alrick Jilan, selain program pertukaran kebudayaan, kesemua pelajar ini sebenarnya terlibat dalam membantu membina sebuah pusat sumber untuk kegunaan pelajar sekolah rendah di Kg Selupoh.

“Gadis-gadis cantik ini akan membantu kita mencari sumber atau dana melalui organisasi yang boleh membantu menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk pusat itu nanti,” katanya yang juga salah seorang pengurus di LCV.

LCV yang menjadi kebanggaan masyarakat Lotud di daerah Tuaran telah diilhamkan pembinaannya oleh keluarga Jilan dari Kampung Selupoh, Tuaran yang merupakan salah satu daripada kira-kira 25 perkampungan Lotud di situ.

Elvin menjelaskan, selain berpeluang melawat tempat-tempat menarik di Sabah seperti Taman Kinabalu, Kolam Air Panas Poring, Kundasang dan banyak lagi, kesemua pelajar berkenaan turut dijemput menghadiri majlis perkahwinan mengikut adat istiadat suku kaum Kadazan Dusun di sekitar Tuaran.

Menurut Elvin, kesemua tujuh pelajar yang kesemuanya wanita ini akan menganjurkan ‘hari terbuka’ pada 17 Februari di LCV di mana masyarakat setempat akan diberitahu mengenai kegunaan serta fungsi utamapusat sumber itu pada masa itu.

‘Hari Terbuka’ berkenaan dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman, Datuk Hajiji Hj Noor.-SIDANG RAKYAT

DATUK SAIRIN BUAT LAPORAN POLIS.

KENINGAU (Sabah Malaysia): Wakil Rakyat Liawan, Datuk Sairin Karno, pada Isnin, membuat laporan polis terhadap kenyataan yang paparkan di Facebook, bahawa beliau mengedarkan 2,000 Kad Pengenalan (KP) kepada orang asing.
Tuduhan itu diterbitkan melalui sebuah group Facebook yang berpengkalan di Keningau, yang menyatakan Sairin menjadi dalang di sebalik pengedaran KP kepada seramai 2,000 orang berbangsa Bugis di Liawan pada 10 Feb, 2012 yang lalu.
Dakwaan itu berbunyi;


‘ MENURUT SUMBER YG BOLEH DIPERCAYAI,,,PEYERAHAN I/C AKAN DI LAKSANAKAN PADA HARI INI 10hb, 02, 2012,,, DI dun LIAWAN SEBANYAK 2000 KEPADA orang2 bugis,,,,SAYA HARAP MASYARAKAT KENINGAU DAPAT MENGAMBIL PERHATIAN TENTANG PERKARA INI,,,,INI BERLAKU KERANA KEPENTINGAN POLITIK SESORANG lebih2 lagi,,,PRU semakin hampir,,,’




Seramai tujuh orang yang mengakses group Facebbok itu, memberi ulasan yang mengambarkan Sairin seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab, seperti komen berikut:
Ben Nick shit betul ba c sairin karno ne.....dia punya angkara la semua 2.....
Seorang pengakses lain dalam group itu kemudian menambah;
Amanda Dud kerna pangkat sangup berbuat apa saja....kerana politik sanggup berbuat apa saja....yg meranah adalah org2 tempatan....yg untung org2 yg bukan tempatan(PTI)....saya yakin 5thun dr skrg org2 tempatan di bawah pemerintaan org2 asing(PTI)....siapa yg mampu menentukan?.....klo bukan sekarang bila lagi?....


Sairin yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah memberitahu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka, dan berkata;
"Saya dengan ini membuktikan kepada orang ramai yang kenyataan yang dibuat oleh tujuh orang individu bertanggungjawab, yang nama mereka telah berjaya dikumpul, adalah semata-mata fitnah dan tuduhan liar.
Datuk Sairin diapit oleh Hj. Jasni Rahmat dan Amelia Ajun

"Kita akan lihat, selepas penyiasatan, sama ada ianya perlu untuk saman pelaku yang kami telah senaraikan, kerana, apa yang kita dapat lihat sekarang adalah bahawa ini akan mencemarkan reputasi peribadi saya," katanya.
Sairin berkata diharapkan dengan laporan polis yang dibuat oleh beliau, pengguna internet akan menghalang diri mereka daripada menyalahgunakan internet untuk tujuan yang salah, dengan menyebarkan pembohongan yang boleh mengancam keselamatan negara.

"Laporan polis dibuat supaya semua pengguna Facebook, blogger dan lain-lain, tidak hanya membuat apa-apa tuduhan serta perlakuan lain yang akan mendatangkan mudarat kepada perpaduan dan keharmonian.
"Kami membuat laporan polis bagi mencari kebenaran bahawa semua mereka yang bertanggungjawab terhadap perkara itu dengan menuduh kita membuat perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh undang-undang, dibawa ke muka pengadilan.

"Kami percaya bahawa ini adalah sesuatu hasutan serta imaginasi politik usang yang perlu dihentikan serta merta kerana jenis fitnah seumpama ini adalah lebih kejam berbanding membunuh," katanya

Sairin kecewa apabila dia mengetahui bahawa melalui laman yang sama, integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dipersoalkan, selain daripada dituduh juga terlibat sama dalam pengedaran KP berkenaan.

Dengan laporan polis, beliau menggesa PDRM untuk mengambil penyiasatan segera dengan membawa individu yang terlibat dan kenyataan mereka direkodkan, untuk tindakan yang perlu bagi membersihkan namanya.
Datuk Sairin (tengah) menunjukkan salinan report bersama para pemimpin bahagian

Menyertai Sairin ketika membuat laporan polis kira-kira jam 12 tengahari itu ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Keningau, Tuan Haji Jasni Rahmat, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Keningau Amelia Ajun, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Keningau Azman Ruslan serta kira-kira 20 orang Ahli Jawatankuasa parti itu.-bORNEO dIGEST

STAR ready to face elections

KENINGAU (Sabah Malaysia): The State Reform Party is ready to face the 13th general election, its Sabah Chairman Datuk Dr. Jeffrey Kitingan told the 1,000-odd crowd which attended the launch of the STAR’s Keningau Zone here last saturday. 

Dr. Jeffrey receving former DAP Tanjung Aru Chairman Dr. Felix Chong

“In fact the supporters of STAR all over the state have been waiting for the time Parliment and the State Legislative Assembly will be dissolved,” he said. “With the rousing support for the party and its group, we are confident of taking over the government. Ini kalilah!”

Among the many topics he raised in his speech was the issue gross inaccuracy of how Malaysia was formed as recorded in the school text books. “There are doing this to purposefully confuse the younger generation. Our students are told that we joined Malaysia, and we all know this is nonsense,” he said. “We together with Singapore, Sarawak and Malaya formed the federation. Without Sabah and Sarawak there would have been no Malaysia. And that is why the position and the future of Sabah in Malaysia is extremely important for the people of Sabah.”

He said it is still not too late for Sabahans to correct this fallacy, but it needs a lot of sacrifice. “We need to unite to achieve this objective, and this can only be done through the open and honest struggle of STAR,” he stressed.

He also emphasized that the next general election will be the final opportunity for the people of Sabah to decide their direction and future. “There won’t be anymore real chance because if we don’t make the right decision this time, we will be done for,” he said. “That’s why the people must be courageous and not be afraid to do the right thing for their own future.”

The launch of Keningau Zone was made more meaningful when the Chairman of DAP Tanjung Aru Kota Kinabalu, Dr. Felix Chong and the Division Chief of PKR Pensiangan, Danny Andipai made the decision to leave their respecdtive parties and join STAR. Jeffrey said that the crossovers were clear indication that STAR is marching strongly foreward to take over the rein of government in the state.

Also present were Deputy Presiden of STAR, Dr. Nicholas Guntobon, the Deputy Protem President of USNO Abdullah Sani, Supreme Council Protem Member of USNO Sofia Leong chau Chu, Supreme Council Membeers of SAPP, and former Pasok Presiden Richard Jayasuriya and many former local leaders of Barisan Nasional who have joined STAR.