Isnin, 12 Mac 2012

RAMPASAN TANAH DI KOTA BELUD MENDAPAT PERHATIAN PEMBANGKANG


KG. TABURON, KOTA BELUD- Pada 23 Oktober 2011 bersamaan dengan hari Ahad yang lalu, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, DAP dan NGO telah turun bersama-sama penduduk Kg. Taburon dalam mengadakan demonstrasi rampasan tanah. 

Terdapat tiga buah kampung yang berhampiran telah menjadi mangsa dek kerakusan dan kezaliman pihak yang tidak bertanggungjawab. Di antara kampung-kampung yang terlibat ialah Kg. Taburon, Kg. Dudar dan Kg. Indarason. Seramai 50 orang penduduk kampung telah berhimpun demi menyatakan hak mereka.

Perjalanan ke tempat tersebut memakan masa kira-kira 2 jam yang mana rombongan Pakatan Rakyat sanggup meredah bukit-bukau dan jalan yang belum berturap demi bersama-sama rakyat dalam mendepani isu rampasan tanah di kampung mereka. 








Ustaz Awang Laiman selaku Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Kota Belud, merangkap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah menyatakan pendirian tegas beliau bahawa sebarang bentuk rampasan tanah adalah tidak wajar dilakukan dan ia merupakan satu kezaliman yang tidak berperikemanusiaan. Di samping itu, penduduk kampung juga di minta mempertahankan hak mereka dan tidak takut dengan sebarang ancaman serta ugutan daripada pihak yang sengaja mengambil kesempatan. 


Mendengar ucapan dan penjelasan daripada wakil-wakil Pakatan Rakyat dan NGO tersebut telah membuka mata penduduk kampung bahawasannya wakil rakyat Dun N6 Tempasuk tidak perihatin langsung dengan kezaliman dan nasib rakyat yang telah tertindas. Sepanjang program tersebut, penduduk kampung juga sempat mengajukan berberapa soalan dan mengadu masalah-masalah lain yang dihadapi kepada wakil rombongan.












Dengan sorakan "HIDUP PAKATAN" daripada penduduk kampung telah memberikan semangat dan impian baru kepada mereka sekaligus bertekad ingin memenangkan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya (PRU-13) akan datang. Justeru itu, penduduk kampung akhirnya menyedari bahawasannya hanya Pakatan Rakyat sahajalah yang mampu mengubah nasib rakyat yang tertindas selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan