Jumaat, 9 Mac 2012

RAMPASAN TANAH DI TENOM

TENOM : Tuan Hj. Ariffin Abdullah, 70, atau nama asalnya Arot Bin Ukab, mungkin memilih untuk terpaksa mengadaikan maruah dan agama jika kerajaan gagal untuk mempertahankan hak mereka untuk kekal menduduki kawasan perkampungan tersusun yang menempatkan seramai 100 orang saudara baru di Kg. Masanoi Kemabong.
TUAN HJ. ARIFFIN AROT MENUNJUKKAN SAMAN

Perkampungan tersususn seluas 77 ekar itu diwujudkan ketika era kerajaan parti Berjaya, sebagai penempatan baru kepada suku kaum Murut yang telah memeluk agama Islam melalui program pengIslaman beramai-ramai di situ.
Kg. Masanoi wujud sejak sebelum penjajahan British di kawasan itu , namun akhirnya kawasan itu disahkan termasuk dalam konsesi Estate Barlow Plantation.


Ariffin yang pada ketika era kerajaan parti Berjaya sebagai Ketua Pemuda parti telah mencadangkan kepada kerajaan, supaya penduduk yang hidup berselerak di kawasan itu disusunatur, dan pendekatan yang diberikan oleh Ketua Menteri Sabah pada ketika itu ialah penubuhan sebuah perkampungan tersusun.
Syarat yang diberikan menurut Ariffin ialah penduduk di situ perlu disatukan, dan kaedahnya ialah mereka harus bersedia sebagai sebuah komuniti.
“Atas kesederan, kami sepakat memeluk agama Islam secara beramai-ramai,” katanya.
TUAN HJ. ARIFFIN MENUNJUKKAN PLAN KAWASAN TANAH

Jaminan kemudiannya diberikan kepada penduduk yang terlibat yang seterusnya mengusahakan lot-lot tanah yang dikhaskan untuk pelbagai tanaman seperti getah, buah-buahan serta padi dan Ariffin dipilih sebagai ketua.

Sungguhpun demikian Ariffin begitu terkilan apabila mengetahui bahawa kawasan tanah tersebut telah dimiliki oleh orang lain, iaitu orang yang telah diamanahkan oleh mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Salleh (Sekarang Tan Sri), untuk mengurus pemilikan tanah itu kepada saudara baru Islam itu.
Ariffin memberitahu, tanah tersebut kemudiannya dijual kepada seorang ahli perniagaan yang kini telah menghantar saman kepada beliau serta saudara-saudara baru Islam di situ yang terlibat.


“Pemilik baru ke atas tanah itu telah memfailkan saman kepada kami pada 29 November 2011,” jelas Ariffin dan menambah;
“Saudara-saudara baru Islam yang terlibat di Kg. Masanoi Kemabong benar-benar terhina,” katanya.

Beliau memberitahu bahawa perjuangannya ke atas tanah tersebut telah berjalan lebih 30 tahun, namun pengamanah tanah itu yang merupakan mantan orang kanan Datuk Harris Salleh sering meyakinkan beliau supaya bersabar.

“Lebih 30 tahun mereka berjanji kepada saya,” jelasnya.
Menurut rekod, geran tanah pertama dikeluarkan pada 30 Oktober 1980 atas nama Mohamad B. Abdul Rahman (mantan Pegawai Daerah Tenom), Anthony Lamb dan seorang lagi Theddore Douglas Lind (mantan pegawai kanan Datuk Harris Salleh).

Ketiga-tiga penama ini telah diamanahkan oleh Datuk Harris Salleh untuk mengurustadbir tanah tersebut untuk penempatan saudara baru Islam di Kg. Masanoi.

Ariffin berkata, mereka telah memeluk agama Islam pada tahun 1979, dan geran tanah itu dikeluarkan setahun selepas pengIslaman beramai-ramai itu.
Tetapi katanya, ketiga-tiga mereka telah menabur janji yang bohong lebih 30 tahun kepada saudara baru Islam Kg. Masanoi, dengan menyatakan ‘geran’ tanah perkampungan tersusun itu akan dikeluarkan kepada setiap penama yang telah memeluk agama Islam, dan urusan itu sedang berjalanan.

“Ternyata mereka telah menganiya kami dan kaum Murut beragama Islam di Kg. Masanoi,” katanya.
Ariffin yang telah mengusahakan lotnya dengan tanaman getah yang kini berusia 30 tahun itu memberitahu, pemilik baru tanah tersebut sedang mengheret mereka ke muka pengadilan dan harta benda mereka di situ, termasuk rumah, kebun getah, buah-buahan serta padi hanya menunggu masa sahaja untuk dimusnahkan.

Ayah kepada empat orang anak itu menjelaskan, beliau telah melaporkan kes itu kepada polis pada tahun yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan telah dibuat.

“”Hari ini, esok atau bila-bila masa daripada sekarang kami akan diusir di tanah yang kami diami sejak berpuluh tahun yang lalu,” katanya.

Nenek moyang Ariffin telah telah bertapak di Kg. Masanoi sejak sebelum kerajaan British menubuhkan sebuah pejabat daerah di Rundum pada tahun 1910, namun kedaifan mereka menyebabkan kampong itu yang termasuk dalam kawasan pentadibiran Rundum, diwartakan sebahagian daripada konsesi perladangan sebuah syarikat mailik British.

Menurut rekod, British tidak pernah mengusir kaum itu, sebaliknya memberikan mereka pekerajaan iaitu sebagai kuli (penoreh getah), dan pekerajaan itu telah diwarisi oleh keturunan Ariffin sehinggalah ke zamannya.

Ketika giliran Ariffin bekerja sebagai penoreh getah di lading Estate Barlow Plantation, beliau telah memohon kepada pengurus Ladang iaitu Mr. J.T.W agar tanah yang telah diduduki oleh nenek moyangnya dikeluarkan daripada konsesi Barlow.

Akhirnya pada tahun 1967 permohonannya diluluskan melalui resit rasmi bernombor 00672, namun ia tertakluk kepada sokongan kerajaan yang memerintah pada ketika itu.


Sebagai Ketua Pemuda parti Berjaya pada ketika itu, Ariffin mengemukakan pandangan itu kepada Ketua Menteri Sabah, yang kemudian menasihatkan, supaya pemilikan total ke atas tanah itu hanya boleh diperolehi melalui program perkampungan tersusun.


Atas nasihat itu, Ariffin bersetuju untuk melakukan pilihan iaitu bersetuju untuk menyertai program pengIslaman bersama 100 penduduk yang lain.
“Datuk Harris mengarahkan tiga orang tersebut mengurus tanah tersebut untuk kami,” katanya dan menambah, Datuk Harris yang kini bergelar Tan Sri masih hidup dan pastinya mengingati peristiwa tersebut.


“Persoalannya kenapa tanah itu dimiliki oleh orang lain,” katanya.
Ariffin mahu campurtangan Tan Sri Harris Salleh dalam urusan tersebut, kerana yakin hanya beliau yang mampu untuk menyelamatkan mereka daripada diusir daripada pemilik baru tanah tersebut.


Beliau berkata bahawa telah memohon bantuan daripada Jabatan Hal ehwal Agama Islam Sabah, Pejabat Daerah Tenom dan pihak berwajib yang berkaitan, namun kesemuanya belum mendapat sebarang petanda yang positif.
“Kini kami sedang dihalau daripada tanah kelahiran,” katanya-Borneo Digest.

2 ulasan:

  1. Salam sdra.. Topik yang menarik.Saya pun selalu juga postkan isu2 saperti ini.

    Tapi apa yang penting disini, persoalan bilakan isu rampasan tanah NCR dan Adat (tanah yang dijanjikan) ini berakhir di bumi Sabah ini?

    Sangat2 menyedihkan

    BalasPadam
  2. terima kasih blogger sensasi sabah en.solymone 'suara bebas tuaran'..kerana mamipr di blog saya ini. isu2 begini akan saya paparkan supaya menjadi perhatian umum dan keajaan ambi tindakan..

    BalasPadam